myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Rabu, 20 Julai 2011

Be The Best

Entry di bawah terpaksa dipublish lewat beberapa hari atas faktor - faktor keselamatan.
Kalian,
Jiwa agak kacau sepanjang minggu lepas. Bekerja 6/7...Selepas Hari Ikhtifal KAFA Sabtu lepas, saya balik pukul 4 petang ambil Carl dari pengasuh. Damia - adik saya Sufi bawa balik kampung...Tak tahu kenapa saya tak boleh berjauhan dengan anak2 apatah lagi Damia.Beberapa hari saya berfikir untuk membenarkan  Damia balik kampung bersama Sufi. Bukan saya tak percaya. Saya bimbang saya tak dapat berpisah dengan dia lagi. Dia selalu layan saya bersembang, bertanyakan itu ini. Terhibur rasa jiwa saya bila penat bekerja melihat keletah Damia. Damia seorang budak yang cerdik, suka mewarna, membaca buku (walaupun tak tahu membaca) hihihi.., suka mengaji dan solat dengan Abinya, petah bercakap,suka minta maaf apabila dia buat silap. Damia seorang kanak - kanak yang matang jika dibandingkan dengan kanak- kanak seusianya. Lihat sajalah aksi dia dalam gambar di bawah....




Saya rasa sedih sangat. Malam ni saya tido sorang2. Hanya saya dan Carl. Tiada Damia. Tiada Abi.Tiada lengan yang menjadi alas kepala saya. Tiada dakapan bila saya sejuk, tiada pelukan bila saya mimpi ngeri...(Maaf ter 18 sx sudah)... Abi pergi Terengganu sampai malam esok. Tak sempat saya nak jumpa Abi dan kucup tangan dia sebelum dia pergi.
Tak pernah saya sesedih ini... Sepanjang saya bersama Abi, kalau Abi outstation Abi akan bawa ke mana sahaja saya dan anak - anak. Dia tak pernah tinggalkan kami. Tapi kali ini dia tak upaya. Malam tadi saya tak boleh tidur. Macam2 perasaan bergaul. Teringat dia selalu bising2, bercakap ngan penuh keterujaan ngan anak - anak, suka usik saya, suka masak dan layan saya dan anak- anak. Sekarang, barulah saya faham nilai cinta. Dulu bukan tak faham. Sekarang buat saya lebih memahami dan matang.

My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever .. Copy and paste this if you have a great husband like I do ... ;)

Abi dan Damia cepat2 lah pulang yer..

Saya selalu Link lagu ni untuk hiburkan hati....
http://search.4shared.com/q/1/mawi%20menanti%20hikmah

Adios...

Ahad, 10 Julai 2011

Simply the best.

Salam. Dah lama saya tak menulis.Saya baru ja abis exam. huh... Malam baca buku esok terus jawab exam ada juga soalan yang saya hentam saja jawapannya. Menjadi seorang ibu dan status seorang isteri agak membataskan diriku untuk berjuang.hihi. Seringkali kalah.Tak tau la orang lain macamana. Baru jer nak panas engine nak mula study. 
Damia : Umi, Damia nak nanan (nenen).
Carl : Hek..hek....hek...

Kalau berdakap ngan si Carl tu, sentiasa rasa tenang dan Umi pun tertidur, sedar2 Ya Allah. Dah pukul 5 pagi. baru kelam kabut nak baca buku. Carl pun bangun sama. Masa tu saya pun gunakanlah skill scanning lah , screeninglah.. Ohh, macam nie rupanya kalau dah kawin beranak pinak baru hengat nak belajar.

Banyak benda nak story hari ni...

1st: Masa exam, seumur hidup saya tak pernah lambat ke dewan exam. Hari tu rabu 6.7.2011 saya lambat ke dewan exam gara2 roadblock di Jalan Nilai. Ya Allah punyalah gabra. Saya mencuka jer. Sampai ja di stadium tertutup nilai (Kitorang exam kat stadium,Usim belum ada dewan) Mujurlah pengawas tu faham,ramai juga yang lewat.. Tapi takder masa tambahan. So, terpaksalah pulun 80 soalan dalam masa 1 jam 45 minit. Saya cuba sedaya upaya, jeles jer tengok orang kuar awal dari stadium.Macamanalah agaknya keputusan saya kalau macamni lah attitude saya kan? Balik jer dari exam saya terus fon dan saya story kat suami...Suami saya dengan tenang menjawab. Jadilah macam Amir Khan dalam cerita 3 idiot. hmm.. Ke situ lak dia. Moral of the story : Jangan last minute and kena study modul awal2.

2nd: Masa exam, masa nilah saya rasa nak gi shopping la, makan2 la.. Naper semua nafsu ini datang ketika ini? Sabar... Saya berazam ni...Abis jer exam nak bawa Damia pegi secret recipy. Dia suka makan kek. Dan semalam kami bawa dia pegi giant untuk main weee (slider) , belikan buku + crayon kegemaran dia. Puas hati saya dapat hiburkan dia. Carl pun sporting... Tak nangis pun semalam.. Balik dari giant Abang belanja Ayam Penyet...(Untuk pengetahuan semua, giant jer yang dekat ngan umah saya) Layan jela kan.Orang nak belanja kan.

3rd: Satu petang,Ami saya telefon tanya macammana exam yong? Saya cakap oklah ami.. (Saya sedih sebenarnya) Ami kata....Sambil berseloroh... Ingat nanti konvo kena tempah jubah untuk anak2 ngan Mijan (Panggilan manja keluarga saya kepada suami saya). Diorang pun kena grad jugak. Diorang banyak berkorban untuk kak yong. Sayu jer dengar. Rasa lambat lagi nak grad. Bila tengok muka Damia dan Carl, saya rasa sangat bertuah. Syukur Ya Allah.Kurniakan anak2 yang tak meragam untuk saya. Kadang2 saya terpaksa abaikan diorang buat sementara demi mengejar cita2 saya.Tapi saya janji pada diri saya akan tebus semula masa saya dengan mereka. Paling kasihan sekali Damia apabila dia selalu ajak saya warna buku2 dia.Saya selalu paksa Damia tido awal minggu lepas. Terima kasih abang, Damia dan Carl kerana memahami Umi.Abang yang ironkan baju, masak, jaga anak, sidai kain, lipat kain (Bukan Queen Control ya..hihihi) Damia pula selalu tolong ambilkan itu, ambilkan ini apabila saya memerlukan pertolongan. Damia kakak yang baik..

4th: Alhamdulilah Carl dah sembuh dari batuk.. Carl akan mula makan 21 Julai ni. X sabar nak tengok reaksi  dia makan. Sekarang pun kalau kami makan bulat muka dia tengok dan seolah - olah hendak menguyah dan makan bersama...Sabar Carl ada beberapa minggu lagi.


 
Ok..Berhenti di sini dulu. nanti saya tulis lagi. Kalian, berhati - hati ya. Doa tulus ikhlas saya untuk kalian. Adios.