myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Sabtu, 1 Disember 2012

Kuih Keria Mak Yong

Salam, angin apa la mak yong kali ni kan...mengidam nak makan kuih keria atau nama kuih tu yang famous di kampung ku ialah kuih gelang.

Entahla apa rasanya kan...Baru first time nak buat. Sebelum buat dapatkan info resipi dulu. Bila baca rasa macam senang ja tapi tak taulah bila dah buat nanti kan. Harapnya menjadilah...

Ubi ni diberi oleh cik puan pengasuh anak masa beliau bercuti di Cameron Highland...



Ubi sedang direbus sehingga empuk.



Lenyek dan biar sejuk seketika, masukkan garam sikit.

Campur tepung sedikit demi sedikit sampai adunan tak lembik.
Kalau lembik tambah lagi tepung.

Bentukkan macam tayar...

Sira dengan air gula.



Tadaaaa...

Cubalah!

*Cabaran ketika merebus ubi gas pulak abis daa...


Jumaat, 30 November 2012

Kegilaan Aku dan Hubby...

Salam.
Apa ke gila aku ngan hubby ni? Mulalah aku rasa nak jual je buku - buku ni kat keling botol ke, cina lori barang terpakai ke, Aku dah semak mata pulak tengok buku - buku yang berlambak ni...

Anak aku si Damia cakap, umi dah macam pusat sumber sekolah Damia pula rumah kita kan? Aku kata, baguslah nanti kita bagi orang pinjam / sewa buku nak? Dia gelak ja...

Kes semak mata ni bila aku terfikir kat mana aku nak letak rak newborn baby ni bila dah bersalin nanti. Maklumlah kali ni aku ingat nak berpantang kat rumah sendiri ja, mak aku datang 2-3 minggu macam tu sebab anak aku sekolah dan aku masih belajar.

Tapi dalam masa yang sama aku sayang pulak bila teringatkan value pada buku - buku ni. Ada yang dibeli ketika sedih, ketika gembira, ada yang dihadiahkan oleh hubbyku, kawan, guru besar aku sendiri, ada yang diberi oleh pensyarah maktab aku dulu...Pendek kata setiap buku ada nilai sentimentalnya sendiri.

Apa nak buat ni? hmm 5S ja la kan...sampai masanya nanti kita fikir cara lain ok?

Di ruang tamu...

Amik kau... tengok dah rupa library dah rumah aku.

Rak buku Damia dan Carl

Kerana kegilaan ini jugaklah anak - anak aku tak boleh lepas dari membelek buku.

 Syukur Alhamdulillah.


Khamis, 29 November 2012

Mengemas Barang Baby...

Salam. Seronok kan nak sambut orang baru... Aku macam tak sedar diri pulak yang masih ada kerja - kerja tertangguh yang belum disiapkan sebelum due aku ni.

Terapilah katakan. Naluri kewanitaan kita tak dapat nak menolak kan... Bila dah beli barang, mesti nak susun, nak isih nak kemas kan. nak belek kan. (Banyak pulak kan aku..)

Aku dah siap mendobi baju - baju baby ni. Ni fasa kedua, fasa pertama terlupa nak snap gambar.


Ha...tengok tu, mitten dan booties baby sebeban? Terpaksa sidai secara lambakan macam ni sebab tak cukup penyidai berklip. Mitten and botties turun - temurun dari zaman kakak, abang,adik aku bagi dan aku beli baru ni 3 pasang di Pureen Sales baru - baru ni.


Almari baby ni aku borong kat Mydin. Aku beli sekali kakak ngan abang punya supaya tak semak mata memandang.Sorok semua dalam tu, praktikal untuk suri rumah yang 'sangat rajin' macam aku ni dan paling penting tak berhabuk...


Tapi kelemahan almari macam ni, kena tagging kalau tak teraba - raba kau nak mencari barang satu - persatu dalam laci tu kan. Proses tagging mentagging aku tengah wat sekarang ni, nak laminate lagi tu untuk memudahkan suami dan mak aku ambil barang aku dan anak - anak nanti.

Hilang segala kedukaan aku buat sementara ini, resah di hati, stress dan kegusaran ketika mengemas barang - barang ni...

Sambil aku mengemas aku tersenyum.

Syukur Alhamdulillah.


Rabu, 28 November 2012

Pureen Sales

Salam,
Dah lama beno kan tak update blog ni. Almaklumlah bagi masa dan ruang untuk assignment dan kerja2 sekolah yang tertangguh sebelum aku nak beranak kan. Korang mesti rindu kat aku kan? (Perasan...)

Sebut fasal Pureen Sales dah lama sangat aku teringin nak pegi.Tapi bila blogwalking kengkawan blog yang pegi Pureen Sales aku jadi gerun. Macam nak bergempur di medan perang pulak aku rasa.

Dalam hati duk tertanya - tanya boleh ke mak yong macam aku ni nak merempuh ramai orang, belaga perut, bau masam, peluh ketiak...Oh tidak, rasa macam tak nak, tapi bila adik aku murah gila yong, aku cekalkan hati bertanya kepada 'supir' ku sama ada beliau sanggup atau tak membawa aku ke PJ yang 24 jam federal highway tu memanjang je jem tuh. Sapa lagi kalau bukan hubby aku.

Dia kata, kalau dah murah why not? Seronoknya, sebulan aku plan nak pegi Pureen Sales ni termasuklah menyenaraikan serba sedikit barang baby, Damia dan Carl yang akan dibeli...(boleh percaya ke serba sedikit?) Ngeh...ngeh...ngeh...

Lagi sentap bila last check up aku 22 November ari tu nurse siap tanya lagi dah get ready ke barang baby? Lagilah bertambah semangat aku untuk menerjah sendiri Pureen Sales yang dikatakan murah tu...(Alasan kan?)  

Padahal boleh ja recycle barang - barang kakak dan abangnya. Memang aku dah recycle barang - barang lama tapi tulah kan, naluri seorang wanita kan... Tak dapat lari dari terapi shopping ni kan. Kesian pulak kan baby tak dak baju baru sehelai dua kan...(Alasan lagi kan?)

Untuk melengkapkan misi dan visi aku ni (eewah), aku telah membuat part time job sikit - sikit sebab aku tak nak spend duit gaji, gaji bulan 12 lambat lagi kan... Alhamdulillah aku kira cukup kot bekalan untuk menyerang warehouse Pureen ni.

@ Pureen Sales (25 November 2012-Ahad)
Aku laki bini pilih hari ni sebab adik aku yang duk Kinrara bolehlah ngasuh anakanda aku berdua kan. At least takdalah yang mengamuk lapar air, berak ke, panas ke, ajak balik ke ketika kami laki bini sedang memilih barang. Sian anak kena penyek lak karang dek ramai orang.

Sampai je kat PJ, hubby terus parking kat 3 Two Square ke mende nama tempatnya. Masha Allah kat situ baru teringat yang kami tak cucuk duit lagi. Jenuh juga lah hubby berjalan ke Bank Islam seberang jalan. Dah sampai awal lupa pulak nak cucuk duit. Sementara aku tunggu hubby, aku kira - kira dah 15 orang usung plastik berisi barang pureen, pampers dan ada sorang cina tu angkut wipes, mandian berkotak - kotak. Bertambah semangat jitu dan berkobar - kobar lah dalam hati aku ni. Tak sabar dah ni. Manalah hubby ni?

Dalam 15 minit, dia sampai kami pun menapak ke warehouse tu, tepi jalan ramai jugak peniaga yang amik peluang jual air, nugget, jambu, mainan dan macam - macam. Sampai je depan pintu, huarghhhh aku nampak kepala orang ja. Aku bisik kat hubby, mana barang - barang ni? Hubby kata sabar, kita relax ja yang.

Bersedia atau pun tidak? Bolos saja dinding itu...hehehe
Kami amik raga dan beg ikea yang disediakan, pegi ke satu booth ke booth yang lain. Seronok tau berebut - berebut. Aku sedaya upaya pegang perut takut kang berlaga ngan orang lain. Tapi dalam berhati -  hati tu ada lah sorang amoi tu kelam kabut pijak lak kaki aku. Rasa nak menjerit ja sakit. Dia cakap sorry...sorry...sorry pun macam tak boleh nak maaf pulak. Sakit kau tau tak? Aku senyum tawar je...

Bila kami check semua barang dah ambil, tibalah ke bahagian pakaian... (Aduh, menyesal aku tak pegi segmen pakaian ni dulu) Tak tahu kan... Bahagian pakaian agak terkebelakang sikit.

Nyampahlah tengok orang shopping kat bahagian ni. Baru bangla tu tuang baju - baju barang kat dalam case, tak sempat masuk case dah ada yang sibuk menyambut. Confirmlah dia pegang baju tu sejenis dan sama saiz. Pastu usung kat khemah dan pilih - pilih...Yang tak nak campak tepi. Sedihnya aku tengok.

Mula - mula nak give up dah tapi bila teringat dua minggu lepas baju yang sama harganya tersangatlah jauh beza. Aku cekalkan hati dengan hubby, redah jugalah. Aku tebalkan muka, yang mana orang kelaskan kat tepi, aku tanya dan minta untuk pilih juga...

Seronok weh. Penat tapi puas. Terapi lah katakan...

Inilah hasil rembatan aku suami isteri. Ada banyak juga barang kami beli in advance. (Save hubby aku cakap, alang - alang merempuh ketiak masam orang kan)

pandangan jauh...

Kasi zoom sikit...

pandangan dari tepi...

Pandangan dari depan...


Ngegada jer kan, saja nak bagi korang jeles. Sempat juga kami membeli gift untuk member hubby Roddy dan Hanum. Tapi tak upload lah gift tu sebab dah bagi kat baby girl dia yang comel tu...

Berapa banyak habis? hmm aku save dalam 40 persen sebab terlebih dahulu aku dah survey harga - harga barang ni di pasaran. Syukur Alhamdulillah.

Korang nanti kalau ada Pureen Sales aku update tarikhnya di sini ya!





Diam - diam Ubi...

Salam.
Dalam senyap - senyap ja adik aku yang duk Kinrara tu duk buat benda alah ni. Geram pulak aku tengok. Semua comel - comel dan kiut - miut ajer.

Boleh buat gift masa birthday party, hadiah kat cikgu nak masa hari guru, hari ibu ke kan, hadiah kat kawan - kawan anak atau untuk diri sendiri.

Macamana nak beli. Korang bolehla hubungi adik aku Shufi di talian 0125694167 atau PM je kat facebook kan...https://www.facebook.com/shufi.nisah. Murah sesangat kau tahu...Memang berbaloi - balai.

Ni aku kasi upload sikit gambar buat santapan penglihatan korang.

Teddy Bear

kapal terbang

love and star

bunga

bunga - bunga cinta

muslimah sejati

rerama

riben

strawberry


Ada banyak lagi koleksi, korang boleh tanya dia ok...aku pun boleh...