myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Ahad, 26 Jun 2011

Make it Simple...



Tahniah anakku Carl Adam Harith!
Kalian...
Tak tidur saya semalaman. Carl terjaga pukul 2 pagi sampai pukul 4 pagi. Macam2 dah saya offer kat dia...nenen, buai, tepuk2 bagi tidur balik. Dia hanya senyum tanpa gigi jer kat saya. Aduh, naper ngan Carl ni? Jika hendak dibandingkan dengan Damia, Carl sangat senang tidur. Akhirnya saya biar jer Carl main playgym (mainan yang paling dia suka). Saya dan Abi tidur2 ayam. Carl main sorang2 pas tu dia hek..hek..hek...Letihla tu , nak tido balik. Selepas dibuaikan selama setengah jam.Barulah si bujang saya ni tido. Dia demam rupanya. Ada sedikit batuk, kahak n selsema (penyakit 3 serangkai bagi kaum baby).

Carl main playgym

Kesian Carl. Berjangkit ngan Kakak lah. Kakak dah baik. Alhamdulillah. Tapi umi sangat yakin. Carl akan cepat sembuh sebab Carl minum susu umi. Ibarat nyanyian kakak hari2..(Saya yang ajar dia lagu ni)

*Melodi tepuk amai2 

Tepuk amai2, belalang kupu2, tepuk adik pandai, umi upah susu,susu- susu umi, manisan dari syurga, Carl jangan nangis, Umi buat kerja.

Damia memang suka nyanyi!

Kalian,si comel Carl nak mengangkat punggung rupanya. Kalau orang tua dia cakap-demam nak beralih bulan. Meniarap dah boleh, tapi kadang2.. Carl sedang develop kemahiran psikomotornya. Teruskan anakku...

Carl meniarap (Percubaan kali yang ke-4).


Percubaan yang ke-?. Percubaan mengangkat punggung


Kami sekeluarga memberi kata2 semangat untuk Carl.Carl you can do it! Carl bermaksud strong man mengikut terjemahan nama English- Muslim. So Carl, you are strong!
Entry berakhir disini.Nanti saya tulis lagi. Kalian jaga diri baik2.
Adios.

Rabu, 22 Jun 2011

Simple Tapi Bermakna....

Salam...
Alhamdulillah saya baru lepas menyiapkan assignment saya. Saya cuba atur pelan2 yang mana patut didahulukan, yang mana patut dikemudiankan. (petua ami saya). Saya teringat sangat kat ami saya hari ni. Ami adalah gelaran Ibu dalam bahasa hindi. Dialah kawan baik saya. Tiada kawan yang seikhlas dia. Hari ni dia tak sms saya pun. Kami selalu bersms tiap2 hari bertanyakan khabar.


Ami saya di tengah2. Ami, Kak yong rindukan Ami... Gambar ni masa kenduri adik perempuan saya. Inilah kaum hawa yang ada di rumah Encik Nasir.. Masa ni saya sarat mengandungkan Carl Adam.
Emo...emo...emo...Saya tak suka perasaan ni.
Kalian,
Guess what? Suami saya sudah menulis blog dia semula. Saya telah mengaktifkan semula sel2 saraf dia menulis.Bila saya baca blog dia, adrenalin saya...hihi (saya tak boleh describe la perasaan ini).Saya kalah dengan dia. Ayat2 cinta dia telah membuatkan saya cair...hihi.. Balik jer tadi.Di rumah dia tanya saya;
Dia : Yang baca tak blog Abang?
Saya: Baca...(buat acuh tak acuh)
Dia: Baca tak?
Saya: Baca.....(Dia menantikan sesuatu dari saya)
Dia: Sampai hati ayang tak follow Abang.

Pulak...

Tapi ada satu part saya sangat sedih esp baca part Damia. Sungguh saya amat tersentuh. Tahu kenapa? Saya tak dapat menyusukannya dan melihat dia selepas dia lahir...saya hanya melihat dia hari kedua. Sungguh, saya amat sedih ketika itu.
Buat semua yang pernah hadir dalam hidup saya, terima kasih atas sokongan dan galakan kalian...Apa saja yang saya post kalian baca. Saya tulis apa yang saya rasa. Mode: Emo.

Adios.

Isnin, 20 Jun 2011

Simple lagi.

Salam semua...semalam Hari Bapa. hmm..kami tak sambut pun. cuma saya jer masak semalam utk suami dan anak2. sambal tumis udang salai, ikan bakar,pucuk paku rebus, air asam...berselera suami makan. adik saya dan suami dia pun datang.
hmm...blog saya dah bersawang. sejak akhir2 ni saya sibuk sangat (mengalahkan perdana menteri)...Ya Allah kuatkan semangat saya untuk hadapi hidup ini. Assignment, exam, keja sekolah, keja rumah..... tapi tula tanggung jawabkan.
Saya nak bercerita fasal suami saya hari ni sempena hari bapa semalam..
Alhamdulillah Ya Allah... saya bersyukur dipertemukan dengan dia..

Inilah Maher Zain saya...hihihi...masa ni Damia berusia 17 hari. Saya masih ingat lagi terketar - ketar tangan dia nak sarungkan booties di kaki Damia.
Ini dia sekarang...dah pro dah pegang anak. itu saya...terbaru, terkini...hihihi..

Hmmm.. Abi,
Ayang tak suka abang...
Abang suka nyanyi kuat2 dalam bilik air,
Abang suka lagu yang ayang tak faham. Cromok, Metallica...yang tak tahu nyanyi apa jerit ja lebih.
Abang suka berselisih pendapat dengan Ayang. Abang nak menang.
Abang suka kutuk Ayang drive keta esp. jalan kat Dengkil sampai tersenget2 badan.
Abang suka makan pedas.
Abang suka makan chocolate @ yogurt yang ayang simpan dalam peti ais.
Abang suka beli vitamin paksa Ayang makan.
Abang suka analisis dan buat perbandingan harga.
Abang suka sangat beli buku sorok2 dari Ayang.
Abang suka simpan resit2 termasuk resit touch n go sampai penuh wallet.
Abang suka simpan tag baju@tie yang abang beli.
Abang suka marah dan hempas2 barang...
Damia n Carl suka main ngan Abang dari Ayang.



Tapi itulah Abang. Abang lain dari Ayang. Sebab tulah kita ditakdirkan bersama. Sekarang kita sudah ada dua pelita yang menerangi hidup kita. Selamat Hari Bapa Abang... Thanks jadi Abi yang baik untuk anak2 kita!

Untuk Abang...
10 things I hate about you...
I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
I hate the way you’re always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when you’re not around,
and the fact that you didn’t call.
But mostly I hate the way I don’t hate you,
not even close…
not even a little bit…
not even at all.


juga selamat hari bapa kepada abahku..kak yong sayang abah..
dan bakal abah...adik iparku...
dan adik - adikku yang akan berkahwen...
jadilah bapa yang terbaik...
Adios!

Sabtu, 11 Jun 2011

Simple Saja.



Salam semua. Hari ni terciptalah blog yang simple2 sahaja untuk saya. Kesian encik suami design blog ni untuk saya sampai pukul 3 pagi semalam. Terima kasih sayang....Dia seorang yang gigih menyiapkan blog ni atau apa2 keja yang diamanahkan kepadanya. Tu memang perangai dia.. Sekali lagi, terima kasih sayangku...

Anda jangan terpengaruh..hihi.gambar mula2 tu masa dia bujang. Gambar yang kedua ni yang terbaru. Berisi dah cket cik abang saya. Salam pengenalan kepada semua ya. Ramai yang tertanya mengapa mesti tulis blog. Hmm.. pada pendapat peribadi saya, saya nak kurangkan stress dengan bercerita tentang kisah kami berempat. Saya ni bukan jenis suka bergambar dan mencatat. Tapi tak taulah kenapa, sejak akhir2 ni saya minat pula dengan blog. Mungkin kerana baca kisah kawan2 di blog masing2. Jadi apa salahnya kita menulis kan. Lagi pun blog ni boleh dijadikan pengubat rindu Nana (datuk) dan Nani (nenek) mereka di kampung. Nani diorang sangat advance IT. Vangga makcik....
Encik Hasben saya dah pening kepala. Macam2 saya tanya dia. Sebenarnya dalam erti kata yang lain..kalau ada bonus tu saya nak camera..hihihi.. Yang macam Sufi tu. Yelah orang berbloging kena selalu letak gambar. Jadi Encik abang kalau ada Rm lebih2 apa salahnya kan...
Yang dibawah ni gambar kami sekeluarga terbaru. Tapi kakak selalu buat muka masa bergambar. Panas kot. Sebab tulah Sufi selalu marah dia...Dia tak serius.. (Entry akan datang saya akan cerita fasal Kakak pula) Ok, Kami nak bersiap - siap pegi Giant pula...Adios.