myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Jumaat, 30 November 2012

Kegilaan Aku dan Hubby...

Salam.
Apa ke gila aku ngan hubby ni? Mulalah aku rasa nak jual je buku - buku ni kat keling botol ke, cina lori barang terpakai ke, Aku dah semak mata pulak tengok buku - buku yang berlambak ni...

Anak aku si Damia cakap, umi dah macam pusat sumber sekolah Damia pula rumah kita kan? Aku kata, baguslah nanti kita bagi orang pinjam / sewa buku nak? Dia gelak ja...

Kes semak mata ni bila aku terfikir kat mana aku nak letak rak newborn baby ni bila dah bersalin nanti. Maklumlah kali ni aku ingat nak berpantang kat rumah sendiri ja, mak aku datang 2-3 minggu macam tu sebab anak aku sekolah dan aku masih belajar.

Tapi dalam masa yang sama aku sayang pulak bila teringatkan value pada buku - buku ni. Ada yang dibeli ketika sedih, ketika gembira, ada yang dihadiahkan oleh hubbyku, kawan, guru besar aku sendiri, ada yang diberi oleh pensyarah maktab aku dulu...Pendek kata setiap buku ada nilai sentimentalnya sendiri.

Apa nak buat ni? hmm 5S ja la kan...sampai masanya nanti kita fikir cara lain ok?

Di ruang tamu...

Amik kau... tengok dah rupa library dah rumah aku.

Rak buku Damia dan Carl

Kerana kegilaan ini jugaklah anak - anak aku tak boleh lepas dari membelek buku.

 Syukur Alhamdulillah.


3 ulasan:

  1. Wahh..!!! Banyaknya buku2 family kak bad....
    Saya rasa bab 'semak mata' tu memang saya faham. Sekarang ni pun saya memang menghadapi masalah tak tau nak letak kat mana buku2 yang banyak berlonggok kat rumah. nak beli rak buku baru pun dah takde tempat nak letak.huhu

    BalasPadam
  2. hang jangan tak tau epit perangai abang kalau nampak buku.Mesti beli punya.

    BalasPadam
  3. hahaha..saya paham. saya pun jenis pantang nampak buku mesti tergedik2 nak beli. nasib baik la saya ni tak banyak duit...jadi takdak la asal nampak buku je beli. minggu ni saya nak pi Big Bad Wolf kat the Mines tu...seronoknya!!

    BalasPadam