myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Selasa, 20 November 2012

Tinggal Sebuah Kenangan...

Salam.
Hari ni keputusan UPSR keluar. Peranan aku di sekolah hanya kecil sahaja jika dibandingkan dengan kawan -  kawan seangkatan yang mengajar Tahun 6. Aku hanya seorang guru kelas dan mengajar pun hanya subjek minor sahaja.

Apa yang boleh aku buat pun sekadar mencantikkan kelas mengikut minat aku - English style, aku selalu suruh budak Solat Dhuha setiap kali waktu rehat, jangan lupa solat 5 waktu, baca yaasin, setiap kali masuk kelas aku mesti buat sesi reflection dan aku cuba selami perasaan budak - budak ni. (Seronok dengar cerita budak - budak tau)...

Seboleh - bolehnya hari ni aku cuba mengelak untuk menangis melihat anak didikku mengambil keputusan masing - masing tapi perasaan tu tak dapat dibendung lagi. Gembira, sebak, sedih...perasaan ini bercampur gaul.Alhamdulillah, Aku amat bersyukur keputusan UPSR tahun ini adalah keputusan terbaik sepanjang 4 tahun di sini. Semoga anak didikku terus berjaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

6 Hamka, tinggal kenangan indah dalam hati aku...
ni masa tengah make over kelas...tengok tu hero aku yang baru keluar wad sampai tertidur masa ni...

Hubby aku yang mengaspirasi sudut ini...terima kasih Abang.


 Sudut Nilam tapi aku cuba buat ala - ala taman.

 

Bersih tak kelas ni? semua ni aku borong di Romantika Kajang dengan duit sendiri.Minat punya fasal.

 Bunga ni paling aku suka, hubby juga yang pilih...

Pergi borong lagi buat kali kedua...

Bukan entry ni untuk riak ke apa, aku fikir aku tak mengajar subjek hardcore UPSR tapi aku rasa sebagai guru kelas aku mesti bagi budak - budak 6 Hamka tu selesa dan seronok nak belajar dalam kelas.


Hari  juga aku terima tiga sms, penghargaan di atas usaha aku yang tak seberapa ini...

GB tu Guru Besar Tuan Haji Ayob

One of important person kat sekolah k.ros

ni parent tapi merangkap guru kat sekolah tu-k.hanifah.




Syukur alhamdulillah. Betul cakap lecturer kat maktab dulu. Berbanggalah anda menjadi guru. Walau berhabis wang ringgit, berkorban masa bersama keluarga, berleter tak berhenti - henti, akhirnya anda pasti bahagia kerana kejayaan mereka. Itu yang lebih bermakna dari segalanya yang pernah anda miliki.

Buat semua anak - anak didikku ustazah sayang semua, kamu semua murid yang baik. Terima kasih kerana menghadiahkan ustazah pengalaman, kenangan dan kejayaan yang sangat bererti di sekolah ini, Terima Kasih Allah kerana memakbulkan doa kami. Ingat tak kita pernah sama - sama menangis di kelas dulu. Pada masa itu, kita berjanji kita akan menangis kegembiraan semasa keputusan nanti.

" Maka sesungguhnya beserta kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesukaran ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai dari satu urusan, maka kerjakanlah urusan yang lain dengan bersungguh - sungguh dan hanya pada Allah hendaklah engkau mengharap."

Allah SWT menekankan dua ayat yang sama dalam Surah Al Insyirah ini iaitu : Dengan kesukaran ada kemudahan.

Malam ini pasti semua warga SKPP14(1) tidur lena.... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan