myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Ahad, 18 November 2012

Padanya Ada Hikmah...

Salam.Semalam pepagi buta lagi Carl dah mengamuk. hmm...susah nak handle budak yang baru alah susu ibu ni,pagi2 je asalkan bangun je dari tido mood tak baik.Semalam abg takda pegi seminar. Tinggallah kami 3 beranak di rumah. Sedang rancak membuat power point sambil tulis blog dan sambil berfb (banyaknya sambil) anak - anak pun mood baik sbb perut kenyang. Skrin gelap! Aduih, abanglah ni amik charger laptop aku. Sebab kedua - dua kami menggunakan toshiba so berlakulah konflik pepagi buta. Aku dalam keadaan mak yong ni mulalah naik darah. Apa kes amik charger sampai dua bang oii?balik nati siaplah akan ku muncung sedepa. (Macamlah tak boleh buat keja lain kalau laptop tak on, alasan kan.) Pulak tu beli nasik lemak lauk ayam ja, kuah pun tak da. Macam aku ni dah sakit sangat2 dah, mulalah aku nak sms bukan2 ni.
Last, aku decide nak kemas rumah. aku kemas dari atas ke bawah, dari depan ke belakang. Abih anak2 aku pun aku kerah.Alhamdulillah si kenit dua orang pandai tolong apa yang patut. Pastu sampai je part almari aku tengok almari baju baby kosong.Apa lah aku ni sibuk bebeno sampai nak cari baju baby pun tak sempat. Kalau lah baby ni nak kuar camne? Baru ku teringat aku baru ja beranak tahun lepas (kes eksiden okay...) Baju2 tu mesti tak simpan dalam stor lagi. Aku selongkar plastik satu persatu, huh ada lagi baju zaman Damia dan Carl. Mulalah aku start mendobi, aku cari clorox...clorox dah abis.Tujuan clorox adalah untuk membuang tahi lalat pada baju putih.Aku masak simple2 je, balik ja laki aku pukul 7, aku terkelepek. Mana tak nya aku duk proses baju tu berejam.
Aku diam ja...protes amik charger aku n kes nasi lemak...Pastu aku biar ja dia yang panaskan lauk, suap anak. Dia pegang tangan aku, abang minta maaf tak sengaja. Huh, memanjang tak sengaja. dah 6 tahun kawen tau tak? Dia bagi aku benda alah ni ( Eksen, wat bodo ja tak tengok...)

Malam tu, aku tak tau nak wat apa.Aku baca buku ni, kes protes nye pasai, baca buku ni sambil layan cerekarama sebelum kiamat ngan Damia... ada 35 kisah manusia dalam ni, aku cuba baca tebuk2, tajuk yang mana menarik sahaja. Eh best juga buku ni sampai aku tak boleh berenti membaca.Buku ni diolah secara spontan dan tidak sengaja tentang kehidupan kita seharian dan apa terjadi kepada kita ada sebab2 yang Allah ingin tunjukkan/mengajar hambaNya secara tidak langsung. Pengajaran dalam buku tidak ditulis tetapi ditinggalkan / dibiarkan kepada pembaca untuk berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan mereka. Plot sederhana tetapi bererti,selamba dan ringan. Persepsi daripada seorang doktor - "Untuk manusia Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia - sia."


Malam tu jugaklah aku tak boleh tido. Air mata asyik meleleh ja...Aku nangis puas2. Terukkah aku ni?
Aku tak bersyukur aku ada suami yang baik macam dia, aku ni tak bersyukur dia selamat balik ke rumah -rumah aku bukan orang lain, aku tak bersyukur apa yang aku miliki selama ni, walau aku sedang menghadapi saat2 getir sekarang ini pun aku tak pernah bersyukur, aku kuat mengeluh, aku suka merungut, aku tak bersyukur dengan apa yang ada, rezeki banyak atau sedikit, perut lapar atau kenyang, keadaan sibuk atau tenang, sihat atau sakit, aku sedang tidur tapi dunia sedang menangisi anak - anak di Gaza, anak2 mereka macamana sekarang ni, anak2 aku sihat walafiat. Tido nyenyak. Aku hanya ucap sahaja Alhamdulillah tapi aku tak pernah mendalami rahmat dan kasih sayang Allah di sebalik ucapan tu. 
Kebergantungan hidup kita ini hanya pada Allah. Allah yang bagi kita kenyang, gaji, kesenangan, kesakitan...
Kalau kita tak bersyukur / redha bagaimana Allah nak luaskan, tambahkan rezeki kita? silap haribulan kita diazab pedih. Nauzubillah...
 Ya Allah ampunkan aku....Aku dah tersilap.Ayang minta maaf abang...maafkanlah ayang ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan