myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Khamis, 29 November 2012

Mengemas Barang Baby...

Salam. Seronok kan nak sambut orang baru... Aku macam tak sedar diri pulak yang masih ada kerja - kerja tertangguh yang belum disiapkan sebelum due aku ni.

Terapilah katakan. Naluri kewanitaan kita tak dapat nak menolak kan... Bila dah beli barang, mesti nak susun, nak isih nak kemas kan. nak belek kan. (Banyak pulak kan aku..)

Aku dah siap mendobi baju - baju baby ni. Ni fasa kedua, fasa pertama terlupa nak snap gambar.


Ha...tengok tu, mitten dan booties baby sebeban? Terpaksa sidai secara lambakan macam ni sebab tak cukup penyidai berklip. Mitten and botties turun - temurun dari zaman kakak, abang,adik aku bagi dan aku beli baru ni 3 pasang di Pureen Sales baru - baru ni.


Almari baby ni aku borong kat Mydin. Aku beli sekali kakak ngan abang punya supaya tak semak mata memandang.Sorok semua dalam tu, praktikal untuk suri rumah yang 'sangat rajin' macam aku ni dan paling penting tak berhabuk...


Tapi kelemahan almari macam ni, kena tagging kalau tak teraba - raba kau nak mencari barang satu - persatu dalam laci tu kan. Proses tagging mentagging aku tengah wat sekarang ni, nak laminate lagi tu untuk memudahkan suami dan mak aku ambil barang aku dan anak - anak nanti.

Hilang segala kedukaan aku buat sementara ini, resah di hati, stress dan kegusaran ketika mengemas barang - barang ni...

Sambil aku mengemas aku tersenyum.

Syukur Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan