myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Sabtu, 11 Jun 2011

Simple Saja.



Salam semua. Hari ni terciptalah blog yang simple2 sahaja untuk saya. Kesian encik suami design blog ni untuk saya sampai pukul 3 pagi semalam. Terima kasih sayang....Dia seorang yang gigih menyiapkan blog ni atau apa2 keja yang diamanahkan kepadanya. Tu memang perangai dia.. Sekali lagi, terima kasih sayangku...

Anda jangan terpengaruh..hihi.gambar mula2 tu masa dia bujang. Gambar yang kedua ni yang terbaru. Berisi dah cket cik abang saya. Salam pengenalan kepada semua ya. Ramai yang tertanya mengapa mesti tulis blog. Hmm.. pada pendapat peribadi saya, saya nak kurangkan stress dengan bercerita tentang kisah kami berempat. Saya ni bukan jenis suka bergambar dan mencatat. Tapi tak taulah kenapa, sejak akhir2 ni saya minat pula dengan blog. Mungkin kerana baca kisah kawan2 di blog masing2. Jadi apa salahnya kita menulis kan. Lagi pun blog ni boleh dijadikan pengubat rindu Nana (datuk) dan Nani (nenek) mereka di kampung. Nani diorang sangat advance IT. Vangga makcik....
Encik Hasben saya dah pening kepala. Macam2 saya tanya dia. Sebenarnya dalam erti kata yang lain..kalau ada bonus tu saya nak camera..hihihi.. Yang macam Sufi tu. Yelah orang berbloging kena selalu letak gambar. Jadi Encik abang kalau ada Rm lebih2 apa salahnya kan...
Yang dibawah ni gambar kami sekeluarga terbaru. Tapi kakak selalu buat muka masa bergambar. Panas kot. Sebab tulah Sufi selalu marah dia...Dia tak serius.. (Entry akan datang saya akan cerita fasal Kakak pula) Ok, Kami nak bersiap - siap pegi Giant pula...Adios.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan