myfamily2

Damiaku sayang

Carl Adam 5 months

Penaja

Ahad, 10 Julai 2011

Simply the best.

Salam. Dah lama saya tak menulis.Saya baru ja abis exam. huh... Malam baca buku esok terus jawab exam ada juga soalan yang saya hentam saja jawapannya. Menjadi seorang ibu dan status seorang isteri agak membataskan diriku untuk berjuang.hihi. Seringkali kalah.Tak tau la orang lain macamana. Baru jer nak panas engine nak mula study. 
Damia : Umi, Damia nak nanan (nenen).
Carl : Hek..hek....hek...

Kalau berdakap ngan si Carl tu, sentiasa rasa tenang dan Umi pun tertidur, sedar2 Ya Allah. Dah pukul 5 pagi. baru kelam kabut nak baca buku. Carl pun bangun sama. Masa tu saya pun gunakanlah skill scanning lah , screeninglah.. Ohh, macam nie rupanya kalau dah kawin beranak pinak baru hengat nak belajar.

Banyak benda nak story hari ni...

1st: Masa exam, seumur hidup saya tak pernah lambat ke dewan exam. Hari tu rabu 6.7.2011 saya lambat ke dewan exam gara2 roadblock di Jalan Nilai. Ya Allah punyalah gabra. Saya mencuka jer. Sampai ja di stadium tertutup nilai (Kitorang exam kat stadium,Usim belum ada dewan) Mujurlah pengawas tu faham,ramai juga yang lewat.. Tapi takder masa tambahan. So, terpaksalah pulun 80 soalan dalam masa 1 jam 45 minit. Saya cuba sedaya upaya, jeles jer tengok orang kuar awal dari stadium.Macamanalah agaknya keputusan saya kalau macamni lah attitude saya kan? Balik jer dari exam saya terus fon dan saya story kat suami...Suami saya dengan tenang menjawab. Jadilah macam Amir Khan dalam cerita 3 idiot. hmm.. Ke situ lak dia. Moral of the story : Jangan last minute and kena study modul awal2.

2nd: Masa exam, masa nilah saya rasa nak gi shopping la, makan2 la.. Naper semua nafsu ini datang ketika ini? Sabar... Saya berazam ni...Abis jer exam nak bawa Damia pegi secret recipy. Dia suka makan kek. Dan semalam kami bawa dia pegi giant untuk main weee (slider) , belikan buku + crayon kegemaran dia. Puas hati saya dapat hiburkan dia. Carl pun sporting... Tak nangis pun semalam.. Balik dari giant Abang belanja Ayam Penyet...(Untuk pengetahuan semua, giant jer yang dekat ngan umah saya) Layan jela kan.Orang nak belanja kan.

3rd: Satu petang,Ami saya telefon tanya macammana exam yong? Saya cakap oklah ami.. (Saya sedih sebenarnya) Ami kata....Sambil berseloroh... Ingat nanti konvo kena tempah jubah untuk anak2 ngan Mijan (Panggilan manja keluarga saya kepada suami saya). Diorang pun kena grad jugak. Diorang banyak berkorban untuk kak yong. Sayu jer dengar. Rasa lambat lagi nak grad. Bila tengok muka Damia dan Carl, saya rasa sangat bertuah. Syukur Ya Allah.Kurniakan anak2 yang tak meragam untuk saya. Kadang2 saya terpaksa abaikan diorang buat sementara demi mengejar cita2 saya.Tapi saya janji pada diri saya akan tebus semula masa saya dengan mereka. Paling kasihan sekali Damia apabila dia selalu ajak saya warna buku2 dia.Saya selalu paksa Damia tido awal minggu lepas. Terima kasih abang, Damia dan Carl kerana memahami Umi.Abang yang ironkan baju, masak, jaga anak, sidai kain, lipat kain (Bukan Queen Control ya..hihihi) Damia pula selalu tolong ambilkan itu, ambilkan ini apabila saya memerlukan pertolongan. Damia kakak yang baik..

4th: Alhamdulilah Carl dah sembuh dari batuk.. Carl akan mula makan 21 Julai ni. X sabar nak tengok reaksi  dia makan. Sekarang pun kalau kami makan bulat muka dia tengok dan seolah - olah hendak menguyah dan makan bersama...Sabar Carl ada beberapa minggu lagi.


 
Ok..Berhenti di sini dulu. nanti saya tulis lagi. Kalian, berhati - hati ya. Doa tulus ikhlas saya untuk kalian. Adios.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan